ya, aku tahu bahu kau empuk sesuai dengan saiz kau. mungkin atas dasar simpati semata melihat bahu aku yang hanya disokong dengan rangka kurang kalsium itu maka kau bersungguh mahu meminjamkan bahu kau. aku memilih untuk tidak menerima pinjaman itu. sudah terlalu ramai yang meminjam bahu kau. dah tentu empuk itu hilang sedikit demi sedikit. lagipun ada satu hari tanpa kau sedar, kau telah mengadu yang bahu kau sakit dan lari postur akibat sifat pemurah kau itu.
ini menguatkan hujah aku untuk tidak menjadi peminjam bahu kau [ ya, sungguhpun hujah itu aku debatkan dalam kebisuan sahaja ] . tapi kau salah anggap, kau kira aku menolak secara total bahu kau lalu kau melangkah selangkah ke belakang, selangkah, selangkah dan selangkah sebelum kau mulakan larian untuk memberi pinjam bahu kau kepada yang lebih memerlukan dan lebih menzahirkan penghargaan.
itu kisah tahun arnab sewaktu aku masih boleh bertahan dengan bahu sendiri yang disokong dengan rangka kurang kalsium itu. sekarang, dalam tahun naga ini lain ceritanya. bahu aku sudah patah. aku betul betul perlukan pinjaman bahu. lalu dengan rasa bersalah [ kerana memikirkan aku bakal sakitkan atau beratkan atau merosakkan bahu kau ] aku kejar kau berpandukan landasan tapak kaki kau. ya...berlari tanpa kasut itu kan kegemaran kau . teori berkaki ayam membuat kau lebih maskulin itu memang akan kau bawa sampai mati. aku tahu itu.
pap!
*hoi!
ya, kau menoleh dengan muka garang . ah..siapa pun manusia akan menoleh kalau bahu ditepuk begitu. ok, salah aku kerana tidak menyapa dengan manis muka , lelehan air mata mahupun gedik manja.
*aku nak pinjam bahu kau kejap.
+nantilah, aku sibuk. dah ada yang booked bahu aku. lepas ni A, lepas tu B, lepas tu C.
*ok. terima kasih.
Saturday, May 5, 2012
Wednesday, February 22, 2012
bila impian sendiri macam kau tak nampak bayang yang kau akan capai, c
ubalah tolong orang lain capai impian dia
ubalah tolong orang lain capai impian dia
Tuesday, February 14, 2012
hobi
kan saya dah cakap, awak mesti bosan . tapi awak tetap berdegil. awak kata apa sahaja yang berkaitan dengan saya pasti tak mencetuskan kebosanan pada awak.
nah! sekarang rasakan! saya memang suka tengok pokok tumbuh.
hari kekasih yang dikomersilkan
sempena hari kekasih yang dikomersilkan ini Amanda mendapat satu limpahan akal. beliau mahu buat kejutan buat kekasih-hati-dalam-hatinya yang jauh berbatu batu dari sini.
Amanda beli tiket bas perjalanan malam untuk esok. pasti kekasih-hati-dalam-hatinya tak menyangka sama sekali akan kehadiran Amanda.
Lalu pada keesokan hari...........
ah. malas lah mahu taip.
senyoman,,senyoman itu mahal
senyoman mu
ya..senyoman bukan senyuman
Subscribe to:
Posts (Atom)
